​LATAR BELAKAG MURUT TAHOL
Menurut Antikoh Lituan, kematian berlaku secara semula jadi akibat sakit tua dan terdapat tanda-tanda tertentu yang dialami oleh seseorang sebelum menemui ajalnya. Menurut tradisi suku kaum Murut Tahol, apabila seseorang berhadapan dengan tanda-tanda tersebut, maka mereka akan menyuapkannya dengan makanan seperti bubur nasi. Mereka percaya, seseorang yang mati dalam kenyang akan menuju ke alam kubur dalam keadaan yang selesa (Prentice, D.J., 1965:28)
​BUKU
Saidatul nornis hj. Mahali. 2010. Adat dan Ritual Kematian di
Sabah. Sabah: Utusan kinabalu Co. Sdn. Bhd
​ADAT RITUAL KEMATIAN ETNIK MURUT
I. Pengesahan kematian
Mengikut tradisinya, seseorang itu disahkan kematiannya apabila jantungnya berhenti berdenyut dan orang yang layak untuk mengesahkan sesuatu kematian dalam suku kaum lain adalah Amabas kerana dia merupakan orang yang diiktiraf mempunyai kepakaran dalam hal perubatan.
II. Proses pengebumian
Secara tradisi, mayat si mati disimpan di dalam tajau tanpa dimandikan terlebih dahulu kerana mereka percaya mayat yang dimandikan akan cepat reput. Lazimnya tajau tersebut mempunyai bukaan mulut yang besar. Adat menguburkan mayat menggunakan tajau adalah untuk mengelakkan mayat daripada dimasuki cacing. Mayat akan diletakkan di tengah rumah selama dua atau tiga hari bagi memberi peluang penghormatan terakhir. Satu perarakan akan diadakan untuk tujuan menghantar mayat ke tanah perkuburan diadakan.
III. Proses berkabung
Selepas upacara pengebumian dilakukan, keluarga si mati akan berkabung sebagai tanda bahawa seseorang itu sedang bersedih. Sekiranya seseorang itu meninggal dunia semasa bersalin, maka semua pemuda dan pemudi di kampong tersebut dikehendaki mandi di sungai selama empat hari berturut-turut pada waktu pagi. Pada masa berkabung ini juga, keluarga si mati akan mengadakan upacara memberi makan kepada semangat si mati.
IV. Upacara lepas pantang (paturul)
Upacara ini dilakukan khusus bagi menghormati dan memperingati si mati. Saudara-mara si mati akan datang membawa buah tangan sebagai pemberian kepada keluarga tersebut. Lazimnya upacara ini dijalankan pada hari keempat atau ketujuh selepas kematian, hari ke-40, hari ke-100 selepas kematian dan setahun selepas kematian. Upacara patural diadakan di rumah si mati selama dua hari dan dihadiri oleh semua pihak yang terlibat menghantar mayat tersebut ke tanah perkuburan. Selepas seseorang mati, namanya tidak boleh disebut oleh sesiapa termasuklah ahli keluarganya. Bagi mereka yang kematian ibu atau bapa, larangan yang sama turut dikenakan kepada mereka.
​BUKU
Robert Hoebel. 1984. Sabah. Hongkong: Robert Rovera Ltd.
Buku ini merupakan buku yang membincangkan mengenai masyarakat di Sabah. Perbincangan yang meliputi pengenalan mengenai tempat dan masyarakat di kawasan-kawasan tertentu seperti Tanjung Aru, Yayasan Sabah, bandar Kota Kinabalu, Pulau gaya, Kudat dan sebagainya mengambil kira aspek kebudayaan yang sememangnya seperti upacara ritual dan sebagainya yang menjadi amalan setiap etnik di Sabah misalnya upacara ritual kematian di kalangan komuniti Murut di Sabah. menurut buku ini, kaum Murut juga mempunyai adat kematian dan juga adat pengebumiannya yang tersendiri. Amalan menyimpan mayat di dalam tajau, riraw, dan atur cara pengurusan mayat di dalam komuniti etnik Murut turut dibincangkan dengan lebih terperinci pada halaman 196 dan 197 sepertimana yang tertera di sebelah. Menurut penulis, adat pengebumian etnik Murut pada hari ini telah mengalami sedikit perubahan misalnya penggunaan keranda. Penggunaan keranda telah menggantikan tajau ataupun balang sebagai tempat mereka menyimpan mayat si mati. Focus perbincangan yang diketengahkan adalah berdasarkan penelitian penulis di kawasan Keningau yang pada amnya merupakan salah satu penempatan etnik Murut di Sabah.
BUKU
​G. C Wooley. 2004. The Timogun Muruts of Sabah: Death, Burial, and Mouring. ​
Apabila salah seorang penduduk kaum Murut sedang sakit, banyak pantang larang yang harus dipatuhi. Pantang larang ini perlulah diikuti sehinggalah penduduk yang sakit tersebut meninggal. Kemudian gong akan dipukul sebanyak enam atau lapan kali. Hal ini menandakan berlakunya kematian dan seluruh penduduk kampong akan datang untuk menziarahi keluarga si mati. Dalam upacara pengebumian, mayat akan dimasukkan ke dalam sampah (balang) dan akan diletakkan di beranda rumah selama beberapa hari sebelum dikebumikan. Jika si mati tersebut adalah perempuan, maka duda tersebut haruslah memakai cawat dan baju putih, tiga lembar rotan pada pergelangan tangan, memotong rambut paras bahu dan tidak dibenarkan memakan daging kijang atau tembadau untuk beberapa tempoh tertentu. Manakala bagi balu pula sama seperti si duda tadi. Tidak dibenarkan memakan makanan daging payau atau tembadau, memakai baju putih dan juga memotong rambut paras bahu.
BUKU
​​Ismail Ibrahim. Warisan Motif dan ​​Corak Murut. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
Adat dan ritual kematian suku kaum Murut di Sabah terbahagi kepada empat versi yang menceritakan tentang perjalanan proses dan adat yang diamalkan ketika berlaku kematian. Versi-versi ini telah diceritakan oleh penduduk yang berpengalaman mengenai adat kematian dalam masyarakat Murut itu sendiri. Dalam versi satu menceritakan tentang kematian seorang penduduk yang mana gong akan dipalu mengikut rentak tertentu untuk memberitahu tentang kematian yang berlaku. Keluarga dan sahabat handai berkumpul selama tujuh hari mengikut kemampuan sementara menunggu keranda yang biasanya diperbuat daripada kayu siap dibuat dan lain-lain. Di dalam versi kedua pula menceritakan tentang apabila seseorang tu mati, semua harta dan peralatan yang digemarinya akan dibawa bersama ke kuburan. Jenazah akan dipakaikan baju baru dan dibaringkan di atas tikar selama dua hingga tiga hari. Selama tempoh tu, isteri atau suami tidak boleh berpakaian cantik dan sentiasa dalam keadaan sedih serta diiringi tangisan. Kesedihan haruslah disampaikan melalui tangisan sambil diselangi perkataan-perkataan memuji si mati. Terdapat banyak versi telah berlaku dalam masyarakat Murut.
SENARAI BUKU RUJUKAN