​Buku​
Dipetik daripada buku:
Saidatul nornis Hj. Mahali & Budi Anto Mohd Tamring. 2011. Pluraliti dalam kearifan local di Sabah. Kota Kinabalu: university Malaysia Sabah
SENARAI BUKU RUJUKAN
Artikel ini memfokuskan mengenai adat dan ritual kematian kaum Kadazandusun di dua lokasi yang berbeza. Kepelbagaian masyarakat Kadazandusun mencorakkan pelbagai kepercayaan dan amalan mengenai ritual kematian. Dua lokasi yang menjadi focus penelitian di dalam kajian yang dilakukan oleh penulis iaitu di kawasan Toboh lama dan Bundu tuhan di daerah Ranau. Kedua-dua lokasi kajian ini dihuni oleh komuniti kaum Kadazandusun yang pada dasarnya mempunyai kesamaan dari segi gaya hidup dan agama. Perkembangan dunia pada hari ini membawa perubahan yang sangat besar kepada budaya masyarakat setempat. Kemasukan budaya dan kepercayaan baru mengubah system kepercayaan yang lama ke system kepercayaan yang bersifat lebih radikal. Sikap penerimaan terhadap perubahan di dalam system kepercayaan bermasyarakat mempunyai kaitan dengan peranan kearifan tempatan yang dikatakan oleh penulis mampu mengekalkan keharmonian walaupun wujudnya perbezaan dari segi amalan system kepercayaan di sesebuah komuniti yang sama.
Adat Ritual Kematian Masyarakat Dusun
Dalam masyarakat Dusun di Toboh dan Bundu Tuhan sebelum kedatangan Kristian terdapat dua peringkat, iaitu amalan pemisahan dan amalan pembersihan. Terdapat juga empat hari penting dalam pelaksanaan amalan, iaitu hari pertama atau hari kematian, hari ketiga, hari ketujuh dan hari kesepuluh. Adat pemisahan dilakukan pada hari pertama dan hari ketiga, manakala adat pembersihan dilakukan pada hari keempat dan hari kesepuluh. Terdapat adat tambahan yang melibatkan orang yang sudah berkahwin dan ‘kematian tidak natural’ seperti membuhuh diri dan kemalangan. ​
Upacara Pemisahan :
Sebaik sahaja kematian berlaku, amalan pemisahan segera dimulakan. Masyarakat Dusun percaya bahawa kematian mengundang kehadiran roh jahat. Si mati dikebumikan secepat mungkin kerana pengebumian melambangkan si mati bukan lagi merupakan sebahagian daripada keluarga. Pada suatu ketika dahulu, masyarakat Dusun menganggap kematian sebagai suatu yang menakutkan, membawa kesakitan dan bencana.
Latar Belakang Masyarakat Dusun
​
Suku kaum Dusun merupakan salah sebuah etnik yang terdapat di negeri Sabah dan merupakan sebuah kaum atau etnik yang paling besar di negeri Sabah. Masyarakat Dusun masih lagi berpegang kepada adat resam dan undang-undang nenek moyang mereka . Mereka masih mengutamakan kinorohingan dalam kehidupan harian mereka, termasuklah sogit atau denda yang dikenakan terhadap pesalah dan dilaksanakan oleh Ketua Kampung. Dari segi kepercayaan, masyarakat Dusun mempunyai kepercayaan asal mereka, iaitu tahu dan yakin akan adanya syurga dan neraka di akhirat nanti yang akan dialami oleh seseorang. Setiap orang akan menerima balasannya bergantung kepada amalan baik atau buruknya semasa hidup di dunia yang lalu sebelum mereka meninggal dunia. Phelan (1983) mencatatkan bahawa adat dan upacara yang diamalkan oleh masyarakat Dusun di Sabah adalah berbeza, walaupun darjah persamaannya agak menakjubkan memandangkan kemunduran sistem perhubungan antara kelompok masyarakat tersebut yang tinggal berjauhan pada masa tersebut.
​
Upacara Pembersihan :
Setelah selesai upacara pemisahan, upacara pembersihan yang melibatkan amalan-amalan menghalau roh jahat dan mengembalikan semangat ahli keluarga akan menyusul. Kematian, menurut persepsi masyarakat Dusun mengundang kehadiran roh jahat. Bermula pada saat kematian sehingga ke hari yang kesepuluh, amalan-amalan pembersihan perlu dilaksanakan. Amalan pembersihan yang utama dilakukan pada hari ketujuh dan kesepuluh.
a) Mangauh (Menggunakan Abu) dan Mongotomou (Menggunakan Daun Hijau) :
Amalan mangauh dan mongotomou dianggap amat penting dalam upacara pembersihan. Tauh (abu hitam), siud (bakul menangkap ikan) dan daun hijau dipercayai sebagai benda-benda yang paling ditakuti oleh roh dan makhluk halus. Abu dibungkus dengan daun dan diletakkan ke dalam siud lalu disangkutkan di luar pintu rumah dan juga pohon yang sedang berbuah, turut digantungkan abu yang dibungkus dengan daun. Menurut kepercayaan, sekiranya roh jahat dan makhluk halus mendongak kea rah buah-buahan tersebut, buah-buahan akan gugur.
b) Silau dan Bidau :
Bagi upacara popotingkiad atau momopus yang dijalankan pada hari ketiga silau dan bidau, sejenis tumbuhan yang seakan-akan lalang digunakan sebagai ponopu atau penyapu. Momolian akan menggunakan ponopu ini untuk membersihkan tubuh ahli keluarga yang ikatannya dengan si mati perlu diputuskan. Orang yang ‘dibersihkan’ akan berdiri dan momolian akan menyapu badan mereka dengan ponopu. Sambil melakukan upacara itu momolian akan melafazkan rinait yang digunakan khas untuk tujuan berkenaan.
c) Moninong Do Sunduan (Memanggil Semangat) :
Sunduan bertentangan dengan rusod (roh orang mati), iaitu merujuk kepada semangat orang hidup. Kejadian buruk seperti kematian dianggap memberi kesan negatif kepada ahli keluarga si mati. Untuk membolehkan ahli keluarga meneruskan kehidupan mereka secara normal, sunduan perlu dipulihkan atau dipanggil balik. Jika tidak, dipercayai ahli keluarga boleh jatuh sakit.
d) Monoduli do ginawo di songinmiau (meneguhkan semangat yang masih hidup-keluarga si mati) :
Amalan ini merupakan kemuncak upacara pembersihan yang dilakukan pada hari kesepuluh. Sesudah upacara ini, ahli keluarga dianggap dapat kembali menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka seperti biasa. Upacara ini juga dijalankan oleh momolian yang menggunakan silau do bidau. Momolian akan menyeru dan meminta roh si mati supaya jangan sesekali kembali kepada ahli keluarga, sama ada dalam mimpi atau perasaan mereka.
e) Modtudau (Berjaga) :
Modtudau atau berjaga diadakan selama mayat belum dikebumikan. Kebiasaannya, ahli keluarga si mati yang berada di tempat lain akan ditunggu. Dalam amalan ini, perlu ada seorang yang tidak tidur sepanjang masa selagi si mati tidak dikebumikan dan mayat itu masih berada di rumah. Sekiranya terlalu letih, ahli keluarga akan bergilir-gilir untuk tidur. Selalunya ramai orang yang berjaga sepanjang malam dan mereka minum tapai atau bermain beberapa permainan untuk menghilangkan rasa mengantuk.
​
a) Momolobong (Upacara Pengebumian) :
Pada tahun 1930-an, dalam adat pengebumian masyarakat Dusun menjalankan upacara mogihad (menagisi si mati) sambil memukul-mukul lantai yang diperbuat daripada bambo di sekeliling mayat. Perkara ini dilakukan berulang-ulang sehingga lantai rumah rosak dan mayat jatuh ke tanah dan dijadikan kubur. Semua ahli keluarga segera meninggalkan rumah itu kerana dipercayai akan menarik kehadiran roh jahat dan boleh membawa bala.
Pengebumian selepas era 1930-an melibatkan kakanan (tajau), iaitu sejenis tajau besar yang meletakkan mayat dalam posisi duduk dan tajau itu ditanam di kawasan kubur yang telah dikhaskan kepada penduduk kampung. Keranda kayu mula digunakan pada sekitar tahun 1960-an. Cara hidup yang lebih moden menyebabkan perbuatan merosakkan rumah tidak lagi pratikal.
b) Mogihad (Menangisi Si Mati) :
Upacara‘mogihad’ merupakan upacara mengeluarkan kesedihan dengan tangisan yang kuat. Terdapat dua perspektif terhadap upacara ini. Yang pertama ialah hanya orang yang agak berumur akan melakukan upacara ini. Seorang yang agak berumur sama ada ahli keluarga atau ahli masyarakat lain dikenali sebagai si mogihad akan datang ke hadapan keranda, menangis dengan kuat dan melafaskan kata-kata. Kedua ialah sesiapa pun boleh melakukan upacara ini untuk melepaskan kesedihan mereka. Setelah itu, si mogihad akan meneruskan aktivitinya yang dilakukannya sebelum, itu seperti minum tapai dan sebagainya.
c) Mongongkoriu (Memberikan Bekal) :
Si mati akan dibekalkan sebanyak mungkin barang kepunyaanya ke kubur sebagai bekalan seperti kain baju, pinggan manggkuk, peralatan bertani dan barangan peribibadi yang lain. Menurut kepercayaan masyarakat Dusun, bekalan ini akan memudahkan ‘kehidupan’ si mati di alam yang seterusnya.
d) Porundun (Korban Haiwan) :
Porundun merupakan upacara penyembelihan haiwan untuk ‘pergi bersama’ si mati ke dunia baharu. Nilai haiwan yang disembelih melambangkan status kekayaan si mati semasa hidupnya. Seseorang yang agak berada atau kaya akan disembelihkan beberapa ekor ayam. Haiwan yang disembelih itu sebenarnya akan dimasak untuk dimakan oleh ahli keluarga dan tetamu yang menziarahi si mati.
e) Momisok (Bergelap/memadamkan Lampu) :
Pada malam pengebumian, salah satu upacara memadamkan lampu akan diadakan. Upacara ini dikenali sebagai momisok. Semua barangan kepunyaan si mati yang tidak dibawa ke kubur akan dikumpulkan di suatu sudut ruang tamu. Kesemua ahli keluarga yang hadir akan berkumpul di ruang tamu. Seorang momolian, yakni bomoh yang biasanya wanita (juga disebut bobolian atau babalian) akan memulakan upacara dengan rinait (mantera) dan memanggil roh si mati untuk datang mengambil barang-barangnya sahaja dan beredar sejurus selepas barang-barang tersebut dikutip.
f) Popotongkiad (Memisahkan) atau Momupus (Mengakhiri) :
Hari ketiga merupakan fasa terakhir dalam upacara pemisahan. Satu upacara yang dipanggil potongkiad, iaitu memisahkan atau momopus (mengakhiri) akan dilakukan oleh momolian untuk memastikan roh si mati tidak kembali kepada keluarganya, sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja kerana kepulangan roh si mati akan menyebabkan berlakunya penyakit. Sekiranya si mati seorang kanak-kanak, upacara potongkiad dilakukan terhadap ibubapanya untuk memutuskan ikatan antara anak dan ibubapa.
g) Popotingkod do puod (Memisahkan Puod) :
Sekiranya si mati meninggalkan balu, upacara popotingkod do puod akan dijalankan terhadap dijalankan terhadap si balu yang ditinggalkan itu. Upacara ini penting kerana seorang balu yang baharu kematian suami atau isteri akan mendapat puod. Puod merupakan seakan-akan racun atau bias yang akan dibawa oleh balu si mati. Puod bukan sahaja membahayakan dirinya sendiri tetapi juga orang-orang berada di sekitarnya.
h) Tababasan Do Sunsuion (Memutuskan Jambatan) :
Ia merupakan bahasa kiasan yang melambangkan pemisahan antara orang yang mati dengan yang hidup.
i) Mangangkib (Memberikan Bahagian Tanah Bercucuk Tanam) :
Pada hari ketiga, satu lagi upacara penting dilakukan yang dikenali sebagai mangangkib. Bagi masyarakat petani, memberikan bahagian kebun dan tanaman kepada si mati perlu dilakukan. Dipercayai si mati akan membawa bersama semua harta dan aktivitinya ke dunianya seterusnya. Salah seorang ahli keluarga akan ke huma untuk melaksanakan upacara ini.
Larangan Menggunakan Alat Muzik Dan Nyanyian :
Kematian diumumkan kepada penduduk melalui paluan gong bertalu-talu atau tembakan senapang. Selain bunyi ini, tidak ada sebarang bunyi lain yang dibenarkan, ini adalah bertujuan untuk menghormati keluarga si mati yang masih bersedih dan berkabung.
a) Kaadat (Penanguhan Aktiviti) :
Kaadat merupakan pantang larang yang mencegah ahli masyarakat untuk melakukan sebarang aktiviti. Kematian yang berpunca daripada bunuh diri, kemalangan, lemas atau terkorban merupakan kakadaton, iaitu perkara yang menyebabkan kadaat. Masyarakat Dusun amat mematuhi amalan ini kerana dianggap sebagai panas atau menyebabkan bala sekiranya tidak dipatuhi. Jika berlaku kakadaaton, semua ahli masyarakat dalam kampung tersebut perlu dimaklumkan.