top of page

​BUKU

G. N. Appell. 1994. World Within: The ethnic Groups of Borneo (Victor T. King). Malaysia: S. Abdul Majeed & Co Publishing Division

SENARAI BUKU RUJUKAN

Makalah ini membincangkan mengenai struktur social kaum Rungus di Sabah secara umum. Melalui artikel ini, pembaca dapat meneliti bagaimana system dan struktur social masyarakat rungus yang masih lagi diamalkan hingga ke hari ini. Focus perbincangan artikel ini didasari oleh 3 pengelasan yang menjadi tema di dalam topik-topik kecil penulisan artikel ini. tema tersebut adalah sempadan social, tingkah laku devian serta kolekiviti social di kalangan masyarakat rungus khususnya di Kudat. Tajuk-tajuk kecil yang dibincangkan di dalam penulisan ini adalah seperti saiz populasi, system berkeluarga, upacara ritual dan kepercayaan serta status social masyarakat Rungus.

Artikel yang diperoleh daripada laman utama suku kaum Rungus Sabah ini memberi pendedahan kepada khalayak mengenai proses-proses pengendalian ritual kematian di kalangan masyarakat Rungus. Adat istiadat suku kaum Rungus khususnya di dalam konteks kematian dan pengebumian ini dibahagikan kepada

beberapa jenis hukum adat berdasarkan jenis kematian iaitu adat kematian suami atau isteri, hukum adat apabila seseorang mati di rumah orang lain, hukum adat Lapau, hukum adat Kosup, hokum adat Bangun, hukum adat mengusung mayat melintas ladang atau rumah orang lain, hukum adat mati jatuh dari pokok dan hukum adat mati di lautan. Perbincangan artikel ini lebih mengkhusus kepada adat-adat kematian yang diamalkan di dalam pelbagai bentuk hukum adat di kalangan masyarakat Rungus.

​

 

​Buku

Saidatul nornis hj. Mahali. 2010. Adat dan Ritual Kematian di Sabah.

​Sabah: Utusan kinabalu Co. Sdn. Bhd.

​

Artikel ini membincangkan mengenai adat kematian suku kaum rungus yang menjadi kekuatan masyarakat rungus itu sendiri untuk menghadapi masalah kesedihan dan kehilangan dikalangan orang rungus di Kudat. Adat resam kematian mereka bukan sahaja berperanan untuk menangani kematian tetapi sebenarnya berfungsi menangani ahli-ahli keluarga yang masih hidup. Kekuatan dan ketertiban adat resam masyarakat ini dalam menghadapi kematian membolehkan masyarakat ini berdiri di atas panduan yang jelas walaupun semasa menghadapi saat-saat yang sangat genting di dalam kehidupan. Adat resam kematian yang dimaksudkan adalah bermula daripada proses menghidupkan atau meminta keberkatan daripada Minamangun sehingga proses penanaman mayat si mati yang dilakukan di kaki Gunung Kinabalu. Adat resam yang diamalkan dipengaruhi oleh jenis kematian sama ada kematian di luar rumah, di dalam rumah, dan sebagainya. buku ini juga turut mengemukakan adat-adat seperti adat Mongolobong (adat pengkebumian), adat momuod (adat untuk melupakan si mati), dan adat kobolungkahang (larangan selepas kematian). Oleh yang demikian, artikel buku ini jelas menunjukkan jelas menunjukkan bahawa suku kaum rungus masih lagi mengamalkan adat resam mereka yang membolehkan mereka menghadapi dunia reality dengan lebih yakin.

 

 

 

Journal ini mengetengahkan mengenai kaum rungus Dusun yang juga salah satu daripada etnik yang terdapat di Sabah. Aspek perbincangan di dalam jurnal ini merangkumi gaya hidup masyarakat rungus dusun iaitu dari aspek kekeluargaan, perkampungan, ekonomi, pekerjaan, tahap pendidikan, kesihatan dan juga kepercayaan masyarakat rungus dusun yang terdapat di Sabah khususnya di Kudat. Keunikan masyarakat rungus yang dikatakan merupakan sebahagian daripada masyarakat dusun menjadi tema utama di dalam penulisan jurnal ini. G. N. Appel merupakan seorang penyelidik yang terkenal dengan masyarakat Rungusnya. Banyak artikel mahupun buku-buku yang diterbitkan oleh beliau menyentuh persoalan mengenai masyarakat rungus di Sabah. Artikel ini memberi input yang bernilai kepada pembaca yang ingin mengambil tahu tentang masyarakat atau suku kaum rungus dusun di Sabah.

 

​

​

​

​

​

bottom of page