top of page

​BUKU

Saidatul nornis hj. Mahali. 2010. Adat dan

Ritual Kematian di Sabah. Sabah: Utusan kinabalu Co. Sdn. Bhd.

​ADAT KEMATIAN ETNIK BAJAU DALAM MASYARAKAT ISLAM

Adat kematian etnik Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat  tempatan. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung jawab mereka. Untuk mendapat kesenangan di akhirat, si mati harus dikebumikan dengan baik, iaitu selaras dengan keperluan adat dan agama.


Antara adat  kematian etnik Bajau ialah bermula dengan upacara memandikan dan mengkafankan Mayat. ‘tawak-tawak patai´ atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Sebelum mayat dikebumikan, jenazah dimandikan terlebih dahulu dengan beberapa jenis air oleh ahli agama. Air yang digunakan itu mestilah telah ditapis dengan kain putih, di asap dengan kemenyan dan dibacakan dengan ayat-ayat suci oleh iman supaya terlepas daripada segala kotoran.


Semasa Pengebumian (Pagkubulan) apabila mayat sudah sedia untuk dibawa ke tanah perkuburan, sekali lagi dibunyikan gong sebagai isyarat. Adat naja - naja iaitu berjalan berulang-alik di bawah keranda si mati oleh keluarga dan saudara mara terdekat akan dilakukan. Bagi orang yang berpangkat tinggi, tembakan sebanyak tiga kali akan dibunyikan sebelum mayat mereka dikebumikan.  Selepas pengebumian dilakukan mereka akan mengadakan kenduri arwah, adat menjaga-jaga dan berpantang. Selesai pengebumian, satu tempat tidur yang terdiri daripada tikar atau tilam berserta bantal akan dibentang untuk memperingati si mati. Ini bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan roh di alam baqa dengan bacaan doa selamat selama tujuh hari.


Lazimnya semasa kenduri tersebut, bilangan piring yang akan dihidangkan adalah berbeza mengikut hari, kerana ia ditentukan berdasarkan kepada bilangan orang masjid yang diajak untuk membacakan doa selamat tersebut. Semasa majlis kenduri ini beberapa pantang larang akan diikuti iaitu:


1) Mereka tidak boleh memecahkan barang-barang seperti gelas, mangkuk danl ain-lain barangan kerana ini menunjukkan petanda yang tidak baik.


2) Mereka tidak boleh membakar benda yang menjadi makanan.


3) Mereka tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti menjahit baju, bertukang atau menganyam.


4) Mereka tidak boleh bersin di rumah si mati kerana ada kemungkinan kematian akan berlaku di rumah orang yang bersin tadi.


5) Dari hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah si mati tidak boleh dicuci.

​

​

​

​LATAR BELAKANG SUKU ETIK BAJAU

Sememangnya setiap masyarakat mempunyai adat kematian yang berbeza iaitu yang selalunya dikaitkan dengan sistem kepercayaan. Terdapat dua jenis adat yang diamalkan oleh masyarakat Bajau semasa berlaku kematian iaitu adat Abai atau adat Sama (Melayu).

​ADAT RITUAL  KEMATIAN ETNIK BAJAU


I. Memberitahu orang sekeliling
Bermula dengan mengkhabarkan kematian si mati dalam masyarakat Bajau adalah berbeza berdasarkan kepada darjat iaitu Balu-Balu akan dipalu untuk mengumumkan kematian seorang yang berketurunan Datu.


II. Proses memandikan
Jenazah akan dimandikan dengan menggunakan dua batang pokok pisang. Badak Langir pula sebagai sabun mandi yang disapukan ke seluruh badan jenazah.


III. Penghantaran jenazah
Semasa menghantar jenazah ke tanah perkuburan, paluan Balu-Balu turut dilakukan, iaitu sebelum Sangkap-Sangkap (keranda) diturunkan. Kemudian diikuti dengan nyanyian tradisi iaitu Sair Jomo Matai (syair orang mati ) serta acara Pesuk sebagai simbolik untuk mengucapkan ‘selamat tinggal’ oleh ahli keluarga si mati. Namun, berbeza dengan individu yang berketurunan Datu. Jenazah akan dibawa ke kuburan seperti Usungan perkahwinan yang tidak dihiasi.


IV. Majlis berjaga
Majlis berjaga atau berjogo dan kenduri doa selamat selama tujuh hari akan diadakan bagi menjaga Bangkai-Bangkaian iaitu pada waktu siang dan malam. Mereka yang berjaga tidak dibenarkan tidur serta pintu rumah juga akan sentiasa dibuka kerana dipercayai roh si mati akan ‘datang’ dan duduk di atas Bangkai-Bangkaiannya.

 

V. Kenduri arwah
Suku kaum Bajau juga mengadakan kenduri arwah pada hari ketujuh supaya tempoh berjaga tidak dirasai oleh mereka yang terlibat dalam majlis berjaga. Majlis Mangan Bangi atau kenduri arwah diadakan berdasarkan kepada hitungan masa selepas kematian. Semasa Majlis Mangan Bangi, Duang atau bakul akan disediakan yang diisi dengan bahan makanan yang akan disedekahkan kepada individu yang menghadiri kenduri tersebut. Ritual kematian suku Bajau juga disertai dengan beberapa pantang larang sama ada semasa dan selepas kematian.

SENARAI BUKU RUJUKAN

bottom of page