top of page

SENARAI BUKU RUJUKAN

LATAR BELAKANG ETNIK IRANUN

Iranun ialah salah satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan, yakni wujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang diikat oleh tali persaudaraan yang amat rapat. Suku Iranun menetap lebih 20 buah kampung di daerah Kota Belud, antaranya di Kg. Pantai Emas, Kahuraan, Kota Peladok, Tamau, Marabau, Payas-Payas, Rampayan Laut dan sebagainya.  Jumlah penduduk masyarakat Iranun tidak dapat dipastikan kerana angka yang di uar-uarkan itu cuma anggaran. Hal ini disebabkan sebahagian suku Iranun telah dikategorikan dalam kumpulan suku Bajau, iaitu majoriti suku yang menduduki daerah Kota belud ( Jacqueline Pugh-Kitingan & Pandikar Amin Mulia, 1996).

 

​

ADAT RITUAL ETNIK IRANUN

 

Walaupun suku kaum Iranun kesemuanya beragama Islam, tetapi mereka kuat berpegang kepada adat istiadat yang diwarisi daripada datuk nenek-moyang mereka yang dipanggil adat warisan ( Datu Bandira Datu Alang, 1992 ). Melanggar adat dianggap satu penyelewengan yang menyalahi norma dan nilai masyarakat. Antara adat atau perkara perlu yang dilakukan ketika berlaku kematian dalam suku kaum Iranun ialah:

​

I.        Adat memberitahu.

Terdapat 2 cara mengumumkan kematian ( Datu Bandira Datu Alang ).

·         Bagi orang kebanyakan, pengumuman akan dibuat melalui pukulan tabo.

·         Rentak dan jumlah paluan Tabi dan Balaun mengikut usia.

·         Golongan bangsawan ( Datu dan Sharif ), pengumuman akan dibuat melalui Balu atau Baluan (gong).

 

II.        Adat berkunjung.

Selepas adat memberitahu selesai, mereka akan bergegas ke rumah si mati dan akan membantu mengenai urusan kematian seperti Usunan, Payung ( tanda kematian ), batu nisan dan kerja mengali kubur. Mereka yang datang juga akan membawa Tabang (Derma) kepada keluarga si mati. Contohnya beras, padi, wang dan barangan dapur untuk meringankan bebanan keluarga si mati.

​

III.        Adat memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan Jenazah.

Jenazah akan dimandikan sebelum dikafankan dan seterusnya disembahyangkan. Proses memandikan mayat adalah mengikut hukum agama. Bagi individu yang menguruskan (membersihkan bahagian alat sulit si mati), akan menerima sedekah, daripada keluarga si mati.

​

IV.        Menurunkan jenazah.

Selepas upacara menyembahyangkan jenazah dilakukan, upacara seterusnya adalah menurunkan mayat. Ahli keluarga dan saudara-mara terdekat akan berjalan berulang alik di bawah Usunan si mati sebanyak tujuh kali bertujuan agar si mati tidak mencari ahli keluarga yang ditinggalkan.

​

V.        Upacara pengebumian.

Semasa jenazah hendak dikebumikan, beberapa orang ahli keluarga si mati akan turut sama menyambut jenazah untuk diturunkan ke liang lahad. Jenazah diletakkan dalam keadaan mengiring menghadap kiblat dan ikatan kepala akan dibuka. Selesai upacara tersebut, batu nisan diletakkan, upacara tahlil di jalankan dan diikuti upacara penyiraman kuburan menggunakan air Sandana.

​

VI.        Kelambu di Perkuburan.

Sebelum meninggalkan kuburan, kelambu akan diletakkan di atas kuburan. Kelambu dipasang sebagai tanda penghormatan dan perlindungan yang terakhir daripada keluarga si mati. Warna kelambu berbeza mengikut keturunan.

​

VII.        Payung di perkuburan.

Payung akan dibawa ketika mengiringi jenazah ke tanah perkuburan dan diletakkan di penjuru kubur selepas upacara pengebumian berakhir. Warna payung akan membezakan status sosial si mati, sama ada biasa atau golongan bangsawan.

​

VIII.        Kenduri arwah.

Ada enam kumpulan hari dalam mengadakan kenduri arwah.

·   Hari ketiga – Kenduri diadakan selepas tiga hari si mati dikebumikan. Bacaan tahlil akan dilakukan di rumah.

·         Hari ke tujuh – Dikenali sebagai Pitu Gawi.

·         Hari ke-20 – Dikenali sebagai Pulu Gawi ataupun Tenga Paat Pulu.

·      Hari ke-40 – Setelah jenazah genap 40 hari meninggal, kenduri akan di lakukan secara besar-besaran. Dulang akan diagih-agihkan kepada seluruh penduduk kampung sebagai sedekah.

 

IX.        Upacara berjaga pada waktu malam.

Saudara-mara si mati akan datang ke rumah si mati bagi menjalankan upacara berjaga pada waktu malam. Mereka akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan mengalunkan ayat suci al-Quran sebanyak 20 juzud.

​

X.        Adat lain.

Di  rumah si mati, iaitu di bahagian luar ( bilik tamu ) akan diletakkan satu tempat tidur yang terdiri daripada tikar atau tilam berserta bantal. Tujuannya ialah untuk memperingati si mati dan tempat tidur ini dipanggil Bangkai-Bangkaian. Bacaan tahlil dan al-Quran akan dibuat menghadap Bangkai-Bangkaian dan upacara ini dipanggil Pangadi Sa Bangkai-Bangkaian. Selain pakaian si mati, cermin muka juga akan diletakkan di tempat tidur mengelakkan gangguan syaitan.

BUKU

​Saidatul nornis hj. Mahali. 2010. Adatdan Ritual Kematian di Sabah. Sabah: Utusan kinabalu Co. Sdn. Bhd.

bottom of page