top of page

BUKU

​Saidatul nornis hj. Mahali. 2010. Adatdan Ritual Kematian di Sabah. Sabah: Utusan kinabalu Co. Sdn. Bhd.

SENARAI BUKU RUJUKAN

​

 

​LATAR BELAKANG ETNIK BUGIS

Orang Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat dalam kelompok penduduk pelbagai suku kaum di Sabah. Sejarah asal usul orang Bugis berasal daripada kepulauan Sulawesi, di Indonesia. Penghijrahan orang Bugis di Sabah seawall abad ke-17 (Goodlet, 1977) sehingga kini, menjadikan mereka kelompok terbesar yang mendiami daerah Tawau dan Lahad Datu (termasuk Kunat dan Semporna). Orang bugis juga mendiami daerah Sandakan, Kota Kinabalu dan Keningau. Pada masa kini, orang Bugis bertebaran di seluruh Sabah.

 ADAT RITUAL KEMATIAN ETNIK BUGIS

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, pelaksanaan jenazah atau pengurusan jenazah dalam masyarakat Bugis dijalankan mengikut lunas-lunas agama Islam. Namun perbezaan hanya terletak pada cara keluarga si mati melaksanakan proses tersebut. Terdapat beberapa proses dalam pengurusan jenazah. Antaranya:

       I.          Mandikan jenazah

​Terdapat amalan mandi bersih yang diamalkan oleh masyarakat Bugis. Individu ini akan dimandikan oleh ahli keluarganya. Kebiasaannya pihak keluarga menyediakan kelengkapan semasa memandikan jenazah, sehingga jenazah dikebumikan. Peralatan seperti kain kafan, kapas, batang pisang, sabun batu, kapur barus, payung, tikar dan segala peralatan masak memasak untuk tetamu. Semasa memandikan jenazah, jenazah akan dibaringkan di atas batang pisang yang telah dipotong kira - kira 2 kaki panjang. Permukaan bulat batang pisang tersebut akan diratakan dan diletakkan di beberapa bahagian tubuh jenazah iaitu kepala, pinggang dan kaki jenazah.

​

    II.          Mengkafankan jenazah

Selepas urusan memandikan jenazah, ia akan dibalun atau diroko atau dikafankan seperti jenazah orang Islam yang lain. Kain kafan akan diletakkan kapas, kapur barus dan bedak untuk mengelakkan bau yang tidak diingini. Selepas jenazah sempurna dikafankan, imam akan mengetuai solat jenazah seperti biasa dilakukan ke atas orang Islam yang lain. Sebelum jenazah diturunkan daripada rumah, jenazah akan diletakkan dalam tandu atau kayu pengangkat bagi bertujuan untuk mengelakkan ahli keluarga terus menangis mengingati si mati.

 III.          Proses pengebumian

Upacara pengebumian jenazah orang Bugis dilaksanakan seperti jenazah orang Islam yang lain. Mayat akan diletakkan ke dalam liang lahad, dikebumikan dan ditalkinkan seperti biasa. Terdapat amalan membalut batu atau kayu nisan dengan kain putih atau meletakkan payung di tanah perkuburan dan amalan menyalakan lilin di kubur orang Bugis yang baharu meninggal dunia.

 

​

KEPERCAYAAN
Satu perkara yang membezakan antara kaum lain dengan kaum Bugis ialah perbuatan penyembelihan seekor ayam jantan atau sepasang ayam jantan dan betina sebelum jenazah dibawa turun daripada rumah. Darah ayam tersebut akan dititiskan di bawah tangga dan terdapat orang Bugis yang akan menyalit-nyalitkan darah tersebut di tandu jenazah. Ini adalah bertujuan supaya roh si mati tidak akan diganggu olah makhluk lain di dalam tanah. Terdapat juga kepercayaan dalam kalangan orang Bugis yang meletakkan sebaldi air di hadapan pintu rumah. Air tersebut akan digunakan untuk mencuci muka ahli keluarga si mati mengelakkan ahli keluarga si mati khususnya kanak-kanak terbayang wajah si mati dan sukar untuk tidur.

bottom of page